Kehidupan peribadi Salina_Saibi

Salina telah berkahwin pada tahun 2007 bersama Azmir Osman dan dikurniakan 2 anak perempuan bernama Farah Syakira (lahir 2009) dan Farah Aqeela (lahir 2015).[10] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan.[11]

Pada 25 Mac 2013, anak sulung beliau, Farah Syakira yang mesra dengan panggilan Kiera menjadi perhatian masyarakat apabila Farah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam kolam renang di kediamannya satu kondominium di Cheras semasa acara parti barbeku di kawasan berdekatan. Salina berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya tidak sangka Kiera berani tarik tangan budak lelaki yang hampir lemas sehingga menyelamatkan nyawanya,"[12][13]

Pada 9 Julai 2017, bapanya meninggal dunia akibat penyakit kanser hati.[14] Salina juga aktif membuat dan meniaga biskut, terutama semasa bulan puasa Ramadan.[15]

Rujukan

WikiPedia: Salina_Saibi http://www.beritasini.com/2013/03/anak-pelakon-sal... http://www.imdb.com/name/nm3436716/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://mstar.com.my/hiburan/tengokwayang/cerita.as... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jalan-kembal... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jiwa-salina-... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...